Saturday, December 20, 2014

FINAL AFF SUZUKI CUP 2014. Thailand vs Malaysia

FINAL AFF SUZUKI CUP 2014 - 20.12.2014
Thailand vs Malaysia 20 Disember 2014
Stadium National Bukit Jalil

Akhirnya perlawanan yang dinanti-nantikan sudah pun sampai di mana Malaysia lawan Thailand final piala AFF Suzuki 2014 yang akan berlangsung di Stadium National Bukit Jalil. Malaysia lawan Thailand akhir kedua piala AFF suzuki 2014 ini merupakan perlawanan timbal balik di mana perlawanan sebelum ini Malaysia vs Thailand final pertama telah berlangsung di tempat lawan dan pasukan Malaysia telah tewas 0-2 kepada pasukan Thailand.

Apa kah nasib Harimau Malaya untuk perlawanan final kedua piala AFF suzuki 2014 ini, itu kita tidak pasti selagi perlawanan tersebut belum habis. Apa yang kita harapkan semoga adanya keajaiban kepada pasukan negara kita agar bergelar juara piala AFF suzuki 2014 nanti. Sama-sama kita doakan dan berikan sokongan padu pada mereka.

Final kedua piala AFF suzuki 2014 Thailand vs Malaysia 20 Disember 2014 ini akan berlangsung pada jam 8.00 malam ini dan siaran langsung Malaysia vs Thailand boleh anda tonton menerusi Astro Arena saluran 801 dan juga di TV9.

FINAL AFF SUZUKI CUP 2014 - 20.12.2014
Thailand vs Malaysia 20 Disember 2014
Stadium National Bukit Jalil

Najib Tun Razak cadang eksport teknologi berkhatan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan agar syarikat tempatan memperluaskan pemasaran teknologi berkhatan bukan sahaja di dalam negara tetapi juga mengeksportnya berikutan amalan itu kini turut mendapat sambutan di luar negara.

Najib berkata, amalan berkhatan bukan sahaja diwajibkan di kalangan agama Islam tetapi juga agama lain seperti agama Yahudi.

"Malah di negara kita, orang bukan Islam pun menganggap berkhatan sebagai amalan yang baik dan patut dilakukan oleh mereka," katanya semasa berucap merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai peringkat Parlimen Pekan.

Wednesday, December 17, 2014

Apakah sultan dan raja-raja Melayu lebih mulia daripada agama Allah?

Apakah sultan dan raja-raja Melayu lebih mulia daripada agama Allah?

Semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang matang berfikir tertanya-tanya dan mula membicara disamping mempersoalkan apakah pentingnya institusi raja-raja Melayu. Apakah institusi tersebut benar-benar memberi faedah kepada agama Islam, kepada bangsa Melayu dan kepada rakyat Malaysia seluruhnya?

Saya kiranya andai benar kesemua raja dan sultan Melayu bersikap jujur dalam pemerintahan mereka dan ikhlas dalam merealisasikan peranan mereka sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan negara, rakyat harus diberi kebebasan untuk mendebatkan apa saja isu yang terkait dengan institusi tersebut.

Islam, agama Allah, sejarah para Nabi dan Rasul masih boleh dibincang dan diperdebatkan. Maka, timbul persoalan; Apakah sultan dan raja-raja Melayu lebih mulia daripada agama Allah dan para Nabi sehingga tidak dibenarkan untuk diperdebatkan secara terbuka?

Kesemua sultan dan raja Melayu seharuskan sedar bahawa tanpa rakyat, raja tiada ertinya. Sebaliknya tanpa raja, rakyat masih boleh hidup, maju dan bertamadun. Bukti jelas, banyak negara membangun dan negara maju tidak mempunyai raja atau sultan.

Bicara Minda ini tidak sama sekali bermaksud untuk memperkecilkan Institusi Raja-Raja Melayu. Untuk tujuan kefahaman rakyat dan persefahaman antara raja dan rakyat, saya menyarankan agar perbincangan ilmiah secara terbuka dan bebas berkaitan peranan dan keberkesanan Institusi Kesultanan Melayu wajar disemarakkan!

Salam Takzim dan Salaam Persaudaraan Islam.
Sofi - Kerajaan Rakyat. 

Tuesday, December 16, 2014

Masa depan Pakatan Rakyat. DUA PILIHAN

Masa depan Pakatan Rakyat. DUA PILIHAN

Kepada pimpinan tertinggi PAS, DAP, PKR (Pakatan Rakyat)
.. Kalian punya dua pilihan:

1 - Terus bercakaran sesama sendiri dan lupakan Putrajaya.

ATAU

2 - Berbincang secara baik, eratkan pakatan dan menangi Putrajaya dalam Pilihanraya Umum 14.

Pilihan di tangan kalian !!

Sofi - Kerajaan Rakyat